Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor

Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor

Amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hingga 2 petang ini.

Cuaca buruk dijangka melanda beberapa negeri iaitu Terengganu Pahang dan Johor hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu, Pahang dan Johor hingga 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Segamat dan Mersing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.