
Bagaimanapun, beliau mengakui pernah membincangkan perkara itu dengan beberapa bekas ahli akar umbi parti, yang setakat ini hanya bersifat cerita di “kedai kopi”.
“Belum ada rundingan rasmi, tetapi saya ada bertemu dengan bekas ahli biasa Bersatu di kedai kopi mengenai perkara ini,” katanya menurut Astro Awani.
Semalam, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor mengumumkan beliau bersama pemimpin Bersatu Sabah lain keluar parti dan akan membentuk parti tempatan baharu.
Katanya, keputusan “sebulat suara” itu dibuat atas dasar status quo yang “tidak boleh dipertahankan lagi” dan demi kepentingan Sabah, perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat.
Bersatu merupakan anggota dalam Perikatan Nasional (PN), bagaimanapun di Sabah, parti itu menyertai GRS yang menerajui kerajaan negeri dengan kerjasama Barisan Nasional.
GRS menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, namun Bersatu dan PN membentuk blok pembangkang di Parlimen.
Pada pilihan raya umum ke-15, calon Bersatu Sabah bertanding atas tiket GRS dan menang enam kerusi Parlimen. Gabungan itu turut menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.
Sabah belum meluluskan undang-undang anti-lompat parti.