Akta sumbangan politik mesti lindungi penderma, kata Wan Saiful

Akta sumbangan politik mesti lindungi penderma, kata Wan Saiful

Beliau berkata, prasyarat ketelusan dalam sumbangan politik menjadi jaminan bahawa penderma tidak menjadi mangsa kerana menyokong mana-mana parti politik.

Ahli politik dan NGO menggesa agar satu undang-undang berkaitan sumbangan politik diwujudkan susulan laporan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak menerima sumbangan politik hampir RM3 bilion dalam akaun peribadinya.
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, undang-undang sumbangan politik mesti melindungi penderma daripada dimangsai mana-mana kerajaan semasa.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, prasyarat ketelusan dalam sumbangan politik menjadi jaminan bahawa penderma tidak akan menjadi mangsa kerana menyokong mana-mana parti politik.

“Jadi saya melobi untuk klausa itu dimasukkan di mana-mana, mungkin di akta atau peraturan berlainan,” kata Wan Saiful dalam temu bual di Astro Awani.

“Jaminan mesti ada kerana jika tidak, (penderma) akan menjadi mangsa dan perkara ini tidak bagus.”

Pada September, menteri undang-undang ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) sumbangan politik akan dibentangkan di Parlimen pada November.

Bagaimanapun, pada Oktober, beliau berkata, undang-undang itu belum lengkap dan masih dikaji oleh kerajaan.

Seterusnya, Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.

Ahli politik dan NGO telah menggesa agar satu undang-undang berkaitan sumbangan politik diwujudkan susulan laporan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak menerima sumbangan politik USD681 juta (RM2.99 billion) dalam akaun peribadinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.