
Katanya, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil RM6.6 juta daripada caj beg plastik pada 2020, diikuti RM8.5 juta pada 2021 dan RM4.8 juta setakat Jun tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri itu berkata, Selangor menjangkakan kutipan hasil sehingga RM9 juta daripada caj itu sepanjang tahun ini.
Perniagaan di Selangor mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik sejak 2017. Pada 2019, kerajaan negeri mengarahkan caj itu disalurkan ke satu tabung negeri.
Hee berkata, kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada peniaga dan tidak menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik serta polistirena ketika pandemik kerana pendapatan dan perniagaan mereka terjejas.
“Kita tidak mahu menyusahkan mereka, justeru penguatkuasaan kurang dijalankan dalam tempoh berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata, penguatkuasaan besar-besaran akan dilaksanakan mulai tahun depan, dengan tindakan tegas seperti menarik balik lesen premis perniagaan mungkin diambil.
Kerajaan juga, katanya, mungkin mencadangkan caj kutipan dinaikkan atau mengadakan hari tanpa beg plastik, dengan tidak membenarkan penjualan beg plastik pada caj 20 sen.