
Rafizi pada sidang media berkata merumuskan belanjawan antara hal utama bagi kerajaan baharu, dan beliau sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dalam usaha itu.
“Kami akan sangat sibuk dalam satu atau dua bulan akan datang,” katanya.
Ditanya sama belanjawan itu akan lebih kecil atau lebih besar daripada yang dibentangkan pentadbiran lepas, Rafizi berkata itu akan dijawab oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan.
“Kementerian saya tumpu kepada perancangan jangka masa panjang.”
Pentadbiran lepas membentangkan belanjawan M372.3 bilion untuk 2023.
Pusat Pendidikan Pasaran berkata terlalu banyak ‘gula-gula’ ad hoc dalam belanjawan itu, dan tertanya apa rancangan Putrajaya menangani perbelanjaan operasi yang tinggi.
Ketika ditanya adakah kerajaan akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rafizi berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan kerana ia di bawah kuasa menteri kewangan.
“Peranan kita di sini adalah menyediakan senario, perancangan dan unjuran bagi kementerian kewangan.
“Keputusan bagaimana untuk mengukuhkan nilai menerusi kutipan hasil perlu dibuat secara kolektif sebagai sebuah kerajaan,” katanya.
Rafizi berkata, kementerian hal ehwal ekonomi yang diketuainya akan memastikan aliran hasil kerajaan lebih berdaya saing.