
ADUN Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris, yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, gesaan agar PN berhenti membuat kenyataan berbaur perkauman nampaknya tidak didengari.
“Gelombang yang dibawa PN pada hari ini cukup berbahaya kepada negara. Kalau tuan-tuan tengok ceramah Sanusi (dalam kempen), beliau mengapi-apikan sentimen agama dan bangsa.
“(Kenyataan Sanusi) cukup bahaya pada Kedah dan negara,” kata Asmirul dalam ceramahnya malam tadi.
Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar juga berkata, kandungan sebegitu di TikTok dan platform media sosial lain harus diletakkan tanda amaran kerana ia sangat memecahbelahkan dan hanya mendorong retorik “kita lawan mereka”.
FMT telah menghubungi Sanusi untuk mendapatkan komen.
Pada pilihan raya Parlimen Padang Serai, hanya calon PH Sofee Razak, calon PN Azman Nasruddin dan calon bebas Ananda AK bertanding selepas Barisan Nasional dan Warisan mengumumkan mereka akan menyokong calon PH.
Pengundian akan berlangsung pada 7 Dis untuk memilih Ahli Parlimen baharu susulan penyandangnya, M Karupaiya daripada PH, meninggal dunia tiga hari sebelum pengundian pada PRU bulan lepas.