Sultan Nazrin berkenan terima menghadap PM

Sultan Nazrin berkenan terima menghadap PM

Sesi menghadap bermula 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam di Istana Kinta.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Anwar Ibrahim selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Nov lalu. (Gambar Bernama)
IPOH:
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Kinta.

Sesi menghadap bermula kira-kira 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada 12 tengah hari.

Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu, pertama buat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sejak pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 Nov.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di pasar awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri kenduri rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.