Pemilihan speaker agenda utama sidang Dewan Rakyat 19 Dis

Pemilihan speaker agenda utama sidang Dewan Rakyat 19 Dis

Ini disusuli Ahli Parlimen yang baru dipilih mengangkat sumpah dan memilih timbalan speaker yang baharu.

Azhar Harun ialah speaker Dewan Rakyat ketika ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemilihan speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama apabila Dewan Rakyat bersidang selama dua hari bermula 19 Dis ini.

Azhar Harun ialah speaker Dewan Rakyat ketika ini.

Dalam notis kepada Ahli Parlimen pada sidang itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, berkata selepas pemilihan speaker, agenda seterusnya ialah sesi mengangkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang baru dipilih pada PRU15 baru-baru ini.

Ahli Parlimen kemudiannya akan mengundi timbalan speaker baharu.

Ini akan diikuti dengan usul prosedur untuk ketua polis negara bagi memastikan Ahli Parlimen diberi kemudahan untuk pergi dan balik ke Parlimen, usul percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kemudian rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Azhar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada Julai 2020.

Bekas ketua Suruhanjaya Pilihan Raya itu calon tunggal pentadbiran Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu selepas usul supaya Speaker Ariff Yusof melepaskan jawatan diluluskan.

Ahli Parlimen pembangkang tidak mencalonkan sesiapa sebagai bantahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.