
KANGAR: Bekas menteri besar Perlis Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia pada 3.15 petang tadi di kediamannya di Arau.
Beliau yang berusia 78 tahun meninggal dunia di sisi ahli keluarganya. Difahamkan Hamid menghidap penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu.
Hamid meninggalkan seorang isteri, Elham Hamid Abdullah dan lima anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki.
Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995 sebelum digantikan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.