
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 2,022 semalam, berbanding 2,898 pada hari sebelumnya, dengan empat kematian dicatatkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, jumlah kes baharu itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 4,986,294 kes, dengan 36,652 kematian.
Kesemua jangkitan baharu membabitkan penularan tempatan.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,207 kes Covid-19 masih aktif, termasuk 101 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 53 memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,989 orang atau 7.3% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,819 pesakit dilaporkan sembuh.