Chong Wei sambut anak ketiga

Chong Wei sambut anak ketiga

Lee Chong Wei berkongsi kegembiraan kelahiran anak lelaki ketiganya bersama isteri Wong Mew Choo selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Lee Chong Wei bersama isterinya, Wong Mew Choo serta anak ketiga mereka, Anson yang dilahirkan di sebuah hospital hari ini. (Gambar Facebook Lee Chong Wei)
KUALA LUMPUR:
Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Wong Mew Choo, hari ini.

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 Nov 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.

Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.