
Usul pindaan itu dibawa Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan mendapat sokongan sebulat suara tanpa dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Kelantan ke-14.
“Tujuan pindaan dilaksanakan adalah bagi memastikan Enakmen Anti-Lompat Parti sekata dan selaras dengan apa yang telah diputuskan di Parlimen sebelum ini,” katanya ketika menggulung rang undang-undang itu.
Speaker Abdullah Ya’kub pula berkata pindaan itu dilaksana selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa 5 Okt lalu.
Akta itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 Sept lalu.
Persidangan bersambung 29 Nov ini.