4 kenderaan dihempap pokok akibat ribut

4 kenderaan dihempap pokok akibat ribut

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Bomba melakukan kerja pengalihan selepas pokok tumbang menghempap kenderaan di Ampang Jaya petang tadi. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Ribut di beberapa kawasan di Jalan Pandan Jaya 2/3 dan Persiaran Pandan, Ampang Jaya, menyebabkan empat kenderaan rosak dihempap pokok tumbang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian berlaku antara 3 hingga 3.30 petang menyebabkan Proton Waja, Nissan Vanette dan dua motosikal rosak.

“Bomba berjaya mengalihkan dahan dan pokok tumbang yang menghempap kenderaan pada 3.40 petang,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.