Pemandu jentolak maut ditimbus tanah runtuh

Pemandu jentolak maut ditimbus tanah runtuh

Bomba berkata, pemandu jentolak itu maut selepas jentera berat itu ditimbus tanah runtuh ketika menjalankan kerja tanah.

Bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus dengan menggunakan cangkul sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM Pahang)
IPOH:
Seorang lelaki maut ditimbus dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia 37 tahun itu, pada kira-kira pukul 12.54 tengah hari.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bersama dua jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tanah runtuh menimbus sebuah jentolak dipandu manga yang sedang membuat kerja tanah.

“Mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan cangkul, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.