
Katanya, 51% daripada jumlah itu akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus, manakala baki 49% bagi pembangunan negeri.
Bajet RM2.45 bilion itu meningkat 5% daripada RM2.34 bilion yang diumumkan tahun lalu.
“Dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri berjumlah RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.45 bilion, maka Belanjawan 2023 mengalami defisit berjumlah RM450 juta.
“Defisit ini lebih tinggi berbanding 2022 bagi persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim serta penyediaan peruntukan pembangunan substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mapan Selangor.”
Amirudin berkata, komponen terbesar dalam perbelanjaan mengurus terdiri daripada perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang mencakupi 44.9%.
Katanya, gaji bagi pembersih kontrak, pengawal keselamatan dan pekerja penyelenggaraan di 26 jabatan akan dinaikkan kepada RM1,500 selaras semakan gaji minimum.
Beliau berkata, Belanjawan 2023 mencadangkan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.2 bilion, meningkat 7% atau RM77 juta berbanding Belanjawan 2022.
“Anggaran Belanja Pembangunan 2023 akan memberi tumpuan terhadap sektor sosial, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang kebiasaannya dipacu sektor infrastruktur.”
Katanya, kenaikan peruntukan sektor sosial sebanyak 30% atau RM360 juta mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi tahun depan, termasuk jangkaan kemelesetan ekonomi dunia, dengan menambah baik sistem perlindungan sosial yang merangkumkan kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ekonomi golongan sasar sebagai teras kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan negeri menganggarkan hasil boleh dikutip berjumlah RM2 bilion, dengan premium tanah menjadi penyumbang utama sebanyak 38% atau RM753.72 juta.
“Penyumbang kedua terbesar adalah hasil cukai tanah sebanyak RM570.51 juta bersamaan 29%, manakala penyumbang ketiga terbesar daripada pemberian persekutuan berjumlah RM214.81 juta bersamaan 11%.
“Dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri berjumlah RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.45 bilion, maka Belanjawan 2023 mengalami defisit berjumlah RM450 juta.”