Harus amal dasar fiskal realistik, walaupun tak popular, kata G25

Harus amal dasar fiskal realistik, walaupun tak popular, kata G25

Kumpulan bekas penjawat awam kanan berkata kerajaan harus berdepan realiti secara bertanggungjawab dan menangani keseimbangan fiskal secara bijaksana.

Kumpulan bekas penjawat awam kanan berkata mereka menyokong sepenuhnya manifesto yang menjanjikan program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.
PETALING JAYA:
Kumpulan bekas penjawat awam kanan mengingatkan kerajaan harus amal dasar fiskal realistik walaupun terpaksa membuat keputusan yang tidak popular.

Kumpulan tersebut, G25, berkata kerajaan harus berdepan realiti secara bertanggungjawab, jika perlu mengurangkan subsidi-subsidi yang tidak berkesan dan memperbaiki sistem percukaian.

“G25 ingin mengingatkan kerajaan baharu bahawa kami sokong sepenuhnya manifesto yang menjanjikan program-program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan, namun ia akan melibatkan kos belanjawan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan itu menjelaskan kegagalan menangani keseimbangan fiskal secara bijaksana boleh mengakibatkan kesan serius ke atas keseluruhan ekonomi, terutama apabila beban hutang sudah tinggi.

“Ekonomi yang gagal paling teruk menjejaskan golongan miskin berbanding golongan berpendapatan lebih tinggi,” katanya.

Di samping itu, G25 berkata semua rakyat yang miskin dan layak harus mempunyai akses yang sama kepada bantuan kerajaan, terutama dalam hal pendidikan, program kebajikan, dan memohon pekerjaan dalam kerajaan.

“Tidak boleh ada diskriminasi. Penerima manfaat utama ialah orang Melayu dan Bumiputera lain kerana mereka membentuk majoriti penduduk.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.