JDT masuk final Piala Malaysia, Johor cuti peristiwa Ahad

JDT masuk final Piala Malaysia, Johor cuti peristiwa Ahad

Cuti itu diberikan sempena kemaraan pasukan bola sepak JDT ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok, menurut Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

Pasukan JDT akan melawan Selangor pada peringkat akhir Piala Malaysia esok. (Gambar JOHOR Southern Tigers)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi negeri itu selepas pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 esok.

Beliau berkata, cuti itu diberikan sebagai tanda penghargaan bagi sokongan padu rakyat Johor terhadap skuad Harimau Selatan itu, dan mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Tahniah JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022,” kata Onn di Facebook.

“Sama-sama kita hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.”

Setelah menewaskan Sabah FC 3-1 pada 20 Nov, JDT mara ke peringkat akhir Piala Malaysia untuk melawan Selangor esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.