Ketika menang juga kita diduga, pesan Izzah selepas bapa diumum PM

Ketika menang juga kita diduga, pesan Izzah selepas bapa diumum PM

Nurul Izzah berkata cabaran yang menanti adalah menyatukan rakyat, meneliti masalah ekonomi, merangsang bakat tempatan, dan 'membina ummah serta bangsa'.

Nurul Izzah Anwar mengingatkan legasi seorang pemimpin untuk generasi masa depan bukannya harta, tetapi idealisme.
PETALING JAYA:
Nurul Izzah mengingatkan penyokong supaya terus berpegang kepada ‘garis batas perjuangan’, selepas bapanya, Anwar Ibrahim, diumum sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan.

Sambil berkongsi gambar ikonik bapanya di mahkamah ketika era reformasi 90-an, Izzah berkata keadilan dituntut bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk melindungi semua.

“Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga,” katanya di Facebook.

Izzah berkata cabaran yang menanti adalah menyatukan rakyat, meneliti masalah ekonomi, merangsang bakat tempatan, dan “membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan”.

Beliau mengingatkan legasi seorang pemimpin untuk generasi masa depan bukannya harta, tetapi idealisme dan prinsip.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.