GPS terima permohonan maaf DAP, kata Abang Jo

GPS terima permohonan maaf DAP, kata Abang Jo

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg berkata, permohonan maaf itu membuktikan "selama ini kami memang benar".

Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, GPS akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong mahukan kerajaan perpaduan ditubuhkan.
PETALING JAYA:
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg berkata, gabungan itu menerima permohonan maaf daripada Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

“Kami menerima permohonan maaf itu dengan hati terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Dalam satu sidang media, Abang Johari berkata, permohonan maaf itu membuktikan “kami memang betul selama ini”.

Katanya, GPS akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim yang baru mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara.

Terdahulu, Loke dilaporkan berkata, beliau mengadakan “perbincangan mesra” dengan Abang Johari dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Sim Kui Hian.

Katanya, beliau memohon maaf kepada pemimpin GPS berhubung kenyataan pernah dibuat pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan Sarawak dan rakyatnya.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut memohon maaf kepada Abang Johari dan kerajaan GPS atas kenyataan lampau yang mungkin menyinggung perasaan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.