Anwar beri jaminan lindungi hak Melayu, kedudukan Islam

Anwar beri jaminan lindungi hak Melayu, kedudukan Islam

Anwar Ibrahim menekankan beliau ialah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan akan mendukung hak orang Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. (Gambar AP)
KAJANG:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan akan melindungi hak orang Melayu dan kedudukan Islam.

Bercakap dalam sidang media pertamanya selepas dilantik menerajui negara, katanya, gabungan itu dan kerajaan perpaduannya akan mendukung hak orang Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bersyukur pada Allah kerana menyaksikan perubahan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

“Seperti dijelaskan, perubahan itu bukan sosok atau barisan kepimpinan baharu, tetapi untuk beri harapan baharu kepada rakyat. Henti rasuah dan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.”

Anwar berkata, rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak dan Sabah, tidak akan dipinggirkan di bawah pentadbirannya.

“Saya mahu menekankan saya ialah perdana menteri kepada rakyat Malaysia berbilang kaum supaya kita boleh menyatupadukan negara.”

Katanya, beliau masih tegas dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Pakatan Harapan (PH) serta kerajaan perpaduan akan tetap menjunjung semangat Perlembagaan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau juga tidak akan bertolak ansur dalam menjamin hak semua rakyat Malaysia dan mengiktiraf semua agama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.