Mesyuarat BN berlangsung tenang, tunjuk solidariti, kata Jalaluddin

Mesyuarat BN berlangsung tenang, tunjuk solidariti, kata Jalaluddin

Ahli Parlimen Jelebu berkata sebarang keputusan akan dijelaskan menerusi kenyataan akan dikeluarkan pengerusi BN atau setiausaha agung.

Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias ditemui di luar bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias memberi bayangan mesyuarat Barisan Nasional (BN) hari ini berlangsung dengan tenang.

“Kita semua 30 Ahli Parlimen BN sepakat bersolidariti dengan sangat bagus,” katanya kepada media di luar bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya sebarang keputusan akan dijelaskan menerusi kenyataan akan dikeluarkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung, Zambry Kadir.

“BN akan mengeluarkan kenyataan. Biarkan SU BN keluarkan kenyataan. Biarkan presiden atau SU agung buat keputusan,” katanya.

Terdahulu, BN mengadakan mesyuarat untuk memutuskan potensi kerjasama bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi tempoh hingga 2 petang hari ini kepada pemimpin parti dan gabungan untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.