
Menurut Berita Harian, kenderaan yang membawa Saarani yang juga menteri besar Perak kelihatan tiba di ibu pejabat Umno negeri, seawal jam 8.30 pagi.
Difahamkan, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti termasuk perihal sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH).
Beliau dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 12 tengah hari ini, di Istana Kinta.
Pada PRU15, BN hanya memenangi sembilan daripada 59 kerusi DUN Perak, sekali gus menjadikannya sebagai keputusan terburuk pernah direkodkan parti itu.
Keputusan di DUN sama turut menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan 26 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi 24 kerusi.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, gabungan perlu memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi.