PN Perak tolak ahli politik tercemar rasuah, selepas gagal bentuk kerajaan

PN Perak tolak ahli politik tercemar rasuah, selepas gagal bentuk kerajaan

Terdahulu, Istana Perak mengisytiharkan ia berpuas hati dengan bilangan kerusi yang dikemukakan BN dan PH.

PETALING JAYA:
Perikatan Nasional Perak mengumumkan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan ahli politik yang tercemar dengan masalah rasuah, selepas ia gagal membentuk kerajaan negeri.

“PN Perak tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah,” kata Pengerusi PN Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Terdahulu, Istana Perak mengisytiharkan ia berpuas hati dengan bilangan kerusi yang dikemukakan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, sekaligus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan negeri baharu.

Menteri besar Perak baharu akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak pada 5.30 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.