Pimpinan BN tak pernah bincang gabung dengan PH di Perak, Wee tak puas hati

Pimpinan BN tak pernah bincang gabung dengan PH di Perak, Wee tak puas hati

Wee Ka Siong berkata Dewan Tertinggi BN tidak pernah berbincang tentang bergabung dengan PH untuk bentuk kerajaan Perak.

Presiden MCA, Wee Ka Siong (kanan, duduk) berkata beliau selaku presiden MCA dan naib pengerusi BN tidak pernah dirujuk tentang penggabungan BN-PH di Perak. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Presiden MCA, Wee Ka Siong tidak berpuas hati selepas Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan di Perak dengan kerjasama Pakatan Harapan.

Katanya, Dewan Tertinggi BN tidak pernah berbincang tentang bergabung dengan PH untuk membentuk kerajaan Perak.

“Saya sebagai presiden MCA dan naib pengerusi BN tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai. Dewan Tertinggi BN diketepikan,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Istana Perak mengisytiharkan ia berpuas hati dengan bilangan kerusi yang dikemukakan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, sekaligus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan negeri baharu.

Menteri besar Perak baharu akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak pada 5.30 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.