MB Perak baharu angkat sumpah 5.30 petang ini

MB Perak baharu angkat sumpah 5.30 petang ini

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan dengan jumlah kerusi yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kata jurucakap Istana Perak.

Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini berkata pemimpin PN mengesahkan mereka tidak mempunyai jumlah kerusi sepatutnya untuk membentuk kerajaan negeri.
PETALING JAYA:
Menteri besar Perak yang baharu akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah jam 5.30 petang ini, kata Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini.

Jurucakap Istana Perak itu berkata pemimpin Perikatan Nasional (PN) telah dirujuk dan mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

“Sultan Perak berkenan dengan (bilangan) yang dikemukakan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” katanya sambil memberitahu pemberita untuk menunggu calon menteri besar mengadakan sidang media sendiri.

Menurut Harian Metro, menteri besar sekarang Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sekali lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.