GPS menang kerusi Parlimen Baram

GPS menang kerusi Parlimen Baram

Anyi Ngau diumumkan sebagai pemenang menewaskan tiga pencabarnya selepas memperoleh lebih 18,000 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu lalu menangguhkan pengundian di 11 pusat pengundian di Parlimen Baram akibat cuaca buruk.
PETALING JAYA:
Calon Gabungan Parti Sarawak, Anyi Ngau diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Baram, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

Anyi memperoleh 18,399 undi menewaskan pencabar terdekat Roland Engan dari Pakatan Harapan (PH) dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,339 undi.

Calon bebas, Wilfred Entika hanya memperoleh 324 undi.

SPR pada Sabtu lalu menangguhkan pengundian di 11 daripada 194 pusat pengundian di Parlimen Baram akibat cuaca buruk.

Kemenangan di Baram itu adalah kerusi Parlimen ke-23 diperoleh GPS sekali gus mengukuhkan kedudukan gabungan itu di Dewan Rakyat.

Dalam pilihan raya kali ini, GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) bertanding di kesemua 31 Parlimen di Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.