Speaker Dewan Rakyat minta pemimpin parti serah SD, nama calon PM

Speaker Dewan Rakyat minta pemimpin parti serah SD, nama calon PM

Azhar Harun mahu parti dengan jumlah kerusi 'substantial' mengemukakan nama Ahli Parlimen yang mahu menyertai mereka menubuhkan kerajaan.

Azhar Harun berkata, dokumen yang diperlukan mesti diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya 2 petang esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun meminta pemimpin parti yang mempunyai jumlah kerusi “substantial” dalam pilihan raya umum ke-15 menyerahkan nama parti dan Ahli Parlimen bebas yang bersetuju menyertai mereka menubuhkan kerajaan persekutuan.

Beliau turut meminta pemimpin parti menamakan seorang Ahli Parlimen dalam gabungan mereka untuk menjadi calon perdana menteri ke-10 melalui akuan surat berkanun (SD).

“Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya Isnin (21 Nov) sebelum 2 petang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Istana Negara meminta pemimpin parti membentuk gabungan dengan parti lain yang mempunyai kerusi paling banyak untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Keputusan pilihan raya umum ke-15 menyaksikan tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah.

Pakatan Harapan bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen, disusuli Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan dua calon bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.