
IPOH: Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya yang masuk tengah malam tadi menunjukkan Perikatan Nasional menang di lima DUN di Perak.
Lima kawasan itu adalah Bukit Chandan (majoriti 1,164 undi), Kuala Kangsar (3,566), Changkat Jong (1,089), Pengkalan Hulu (1,324), dan Manong (2,912).
Sementara itu, Pakatan Harapan menawan empat DUN, iaitu Canning (20,734), Pasir Pinji (22,169), Pasir Bedamar (17,446), dan Keranji (8,749).