
Beliau dalam kenyataan mengingatkan tiada pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam dalam tempoh pasca PRU15 ini.
“Semua elemen telah digerakkan untuk memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya dan menambah polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara.
Acryl Sani berkata, polis mendapati proses pengundian bagi PRU15 yang berlangsung semalam lancar.
PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung, apabila tiada parti atau gabungan mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Pakatan Harapan bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen, disusuli PN (73), BN (30), GPS (22), GRS (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan dua calon bebas.