
Ngeh Koo Ham daripada DAP berharap penyokong PH faham bahawa penyelesaian mesti dicari dan keputusan mesti dibuat “dalam keadaan tak sempurna ini”.
“Dalam keadaan ini kita tak kompromikan prinsip kalau kita kawan mana-mana parti lain. Bukan kita sudah tukar prinsip itu tetapi demi kebaikan rakyat,” katanya kepada FMT.
Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya setakat ini Perikatan Nasional peroleh 19 kerusi, PH 17, dan Barisan Nasional 6. Ketika berita ini ditulis, undian bagi beberapa kerusi masih sedang dikira.
Sementara itu, Ngeh, yang juga Ahli Parlimen Beruas, berkata situasi tiada majoriti mudah itu juga mungkin berlaku di Parlimen.
“Kita sedang berikhtiar untuk cari penyelesaian,” katanya.
Sesebuah parti mesti memperolehi sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Menurut laman Suruhanjaya Pilihan Raya setakat 2 pagi tadi, PH dan DAP Sarawak menang 66 kerusi, PN 62 kerusi, BN 28 kerusi, Gabungan Parti Sarawak 22 kerusi, dan Gabungan Rakyat Sabah 6 kerusi.