Khaled, Johari buat kemunculan semula penuh bergaya

Khaled, Johari buat kemunculan semula penuh bergaya

Kedua-dua pemimpin itu berjaya memenangi kerusi Parlimen yang ditandingi selepas masing-masing tewas pada pilihan raya lalu.

Khaled Nordin dan Johari Ghani daripada Umno yang kedua-duanya tewas pada 2018 kini kembali semula ke Parlimen.
PETALING JAYA:
Naib Presiden Umno, Khaled Nordin membuat kemunculan semula selepas berjaya menawan semula Kota Tinggi, manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Johari Ghani menang di Titiwangsa.

Khaled kecundang buat kali pertama dalam pilihan raya umum selepas tewas kepada calon PKR, Hassan Abdul Karim di Pasir Gudang, Johor pada 2018.

Kali ini beliau menewaskan Onn Jaafar juga daripada PKR apabila mendapat 25,410 undi, menang dengan majoriti 8,390.

Di Titiwangsa, Kuala Lumpur, Johari turut membuat kemunculan semula apabila menewaskan Khalid Samad daripada Amanah, beliau tewas di kerusi itu pada 2018 kepada Rina Harun daripada Bersatu yang ketika itu bersama PH.

Johari memperoleh 18,036 undi berbanding Khalid yang hanya mendapat 16,200 dalam kiraan tidak rasmi.

Di Johor pula, bekas menteri undang-undang, Azalina Othman secara rasmi mempertahankan kerusi Pengerang yang disandang beliau sejak 2004.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.