BN sedia kukuh hubungan Semenanjung-Sabah, Sarawak, kata Zahid

BN sedia kukuh hubungan Semenanjung-Sabah, Sarawak, kata Zahid

Pengerusi BN berkata gabungan itu juga sedia mengetepikan perbezaan sentimen sesama ahli parti sebelum ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan memberikan tumpuan bagaimana mengembalikan kekuatan parti terutama dalam menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu
KUALA LUMPUR:
Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) serta menganggap ia satu isyarat besar kepada gabungan politik itu selain sedia menjadi “jambatan” bagi mengukuhkan hubungan baik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa sama, BN juga bersedia mengetepikan perbezaan sentimen sesama ahli parti sebelum ini.

“BN dalam masa terdekat akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti terutama dalam menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh dalam sidang media memaklumkan setakat 12.15 tengah malam, keputusan 112 kerusi Parlimen telah diketahui.

Pakatan Harapan memperoleh 28 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (20), PAS (18), Perikatan Nasional (17), BN (16) dan Gabungan Rakyat Sarawak (empat).

Warisan pula memperoleh dua kerusi manakala Muda, Parti Bangsa Malaysia dan bebas masing-masing satu kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.