Ribut petir, hujan lebat diramal di 8 negeri

Ribut petir, hujan lebat diramal di 8 negeri

Kawasan yang diramal terlibat Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
KUALA LUMPUR:
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan di Kedah yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Di Sarawak membabitkan Bahagian Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) sementara di Sabah melibatkan Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung dalam tempoh 20 hingga 24 Nov berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri di Semenanjung.

Ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Hari ini adalah hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian akan tamat pada 6 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.