Muhyiddin zahir takziah pada keluarga calon DUN Tioman

Muhyiddin zahir takziah pada keluarga calon DUN Tioman

Calon PN Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang, awal pagi tadi.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan isteri, Norainee Abdul Rahman, mengundi bagi Parlimen Muar, di pusat pengundian SMK Sri Muar pagi tadi.
MUAR:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga calon PN DUN Tioman Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Muhyiddin yang bertanding di Parlimen Pagoh berharap keluarga Md Yunus terus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu.

“Ia berita yang amat menyedihkan. Saya ucapkan takziah kepada keluarga (Md Yunus) atas kehilangan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi Parlimen Muar di pusat pengundian SMK Sri Muar.

Turut hadir isterinya Norainee Abdul Rahman.

Md Yunus meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang, pada 3.30 pagi tadi. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Wan Rohimi Wan Daud.

Sementara itu, Muhyiddin melihat cuaca hujan hari ini di Muar tidak menjadi penghalang untuk rakyat keluar mengundi.

Beliau turut menasihatkan pengundi untuk keluar awal mengundi kerana bimbang banjir akan berlaku jika hujan lebat berterusan.

“Keluar mengundi seawal mungkin adalah lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dan Noorainee selesai membuang undi pada kira-kira pukul 9.05 pagi.

Di Pagoh, Muhyiddin yang juga penyandang kerusi tersebut selama enam penggal berdepan saingan tiga penjuru, dicabar Razali Ibrahim (BN) dan Iskandar Shah Abd Rahman (PH).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.