
Beliau yakin rakyat cukup matang dan sedar ucapan Muhyiddin dalam ceramah di Parit Jawa, Johor pada 16 Nov lalu dimanipulasi pihak tertentu.
“Muhyiddin juga mengeluarkan kenyataan bertulis bahawa kenyataannya diambil di luar konteks. Saya percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan perkara itu,” katanya dipetik Berita Harian.
“Kepemimpinan Muhyiddin membuktikan kita sentiasa fokus untuk memastikan keharmonian rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di Gombak.
Terperangkap dalam dakwaan “mengkristiankan” negara, Muhyiddin menuduh lawan politik memutar belit ucapannya dalam sebuah ceramah dan menyebarkan video disunting “secara khusus untuk mencemarkan imej saya dan mencipta naratif negatif”.
Dalam klip video itu yang tular, Muhyiddin didakwa berkata, sekumpulan Yahudi mahu PH menang pilihan raya dan mendakwa gabungan itu bekerjasama dengan Yahudi serta orang Kristian untuk “menjajah” negara.
Beliau juga dikatakan mendakwa ada orang Melayu ke gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada Ahad.