Adik Guan Eng antara calon DAP P Pinang sedang mendahului

Adik Guan Eng antara calon DAP P Pinang sedang mendahului

Lim Hui Ying dan Syerleena Abdul Rashid, masing-masing membuat kemunculan pertama bertanding di pilihan raya Parlimen sedang mendahului di Tanjong dan Bukit Bendera.

Lim Hui Ying dan Syerleena Abdul Rashid dari DAP merupakan dua calon wanita Pakatan Harapan bertanding di Pulau Pinang.
PETALING JAYA:
Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan adiknya, Lim Hui Ying, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya, antara calon Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang yang sedang mendahului kawasan Parlimen ditandingi, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Guan Eng yang bertanding bagi penggal keempat di Bagan, meraih lebih 2,700 undi, manakala Hui Ying, dengan 4,400 undi, mendahului saingan daripada BN-MCA dan PN-Gerakan, di Tanjong.

Seorang lagi yang membuat kemunculan sulung dalam pilihan raya peringkat Parlimen, bekas ADUN, Syerleena Abdul Rashid, juga sedang mendahului pesaing lain di Bukit Bendera. Beliau mendapat lebih 2,800 undi mendahului tiga pesaing lain di kawasan itu, yang sebelum ini dimenangi Wong Hon Wai.

Calon PH Pulau Pinang lain daripada DAP yang kini berada di depan membabitkan Steven Sim di Bukit Mertajam, RSN Rayer di Jelutong dan Ramkarpal Singh di Bukit Gelugor. Ketiga-tiga mereka bertanding mempertahankan kerusi dimenangi.

Loke dan Chong juga di depan

  • Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, mendapat 6,200 undi dan sedang mendahului di Seremban, manakala Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen (mendapat lebih 18,000 undi) mendahului di Stampin.
  • Calon lain dari DAP yang sedang mendahului dalam saingan mempertahankan kemenangan: Gobind Singh Deo (lebih 9,500 undi setakat ini) di Damansara; Yeo Bee Yin (lebih 8,000 undi) di Puchong; Lim Lip Eng di Kepong; Fong Kui Lun di Bukit Bintang; Dr Kelvin Yii di Bandar Kuching; serta Vivian Wong Shir Yee di Sandakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.