Ibu tunggal didakwa cuai dalam kes gigitan anjing Taiping dibebaskan

Ibu tunggal didakwa cuai dalam kes gigitan anjing Taiping dibebaskan

Majistret Adibah Kadir membebaskan Saroja Devi Krishnan daripada bertanggungjawab ke atas insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun digigit anjing peliharaannya.

Peguam Saroja Devi Krishnan, P Ravee, bersyukur kerana penderitaan anak guamnya telah berakhir dan dia boleh memberi tumpuan kepada keluarganya.
TAIPING:
Seorang ibu tunggal, yang terpaksa bermalam di lokap walaupun sudah menjelaskan ikat jamin RM500 tahun lalu selepas didakwa atas insiden anjingnya menyerang dan mencederakan jiran, dibebaskan oleh mahkamah majistret di sini hari ini.

Majistret Adibah Kadir membebaskan Saroja Devi Krishnan, selepas berkata tiada kes prima facie dibangkitkan pihak pendakwaan.

Saroja Devi, 48, didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan Julai lalu atas kesalahan mengabaikan anjingnya, yang menyebabkan anjing itu menyerang dan mencederakan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun di kawasan kejiranannya.

Peguamnya, P Ravee, berkata dia gembira untuk Saroja Devi kerana dia telah melalui begitu banyak penderitaan dan penyeksaan mental atas kejadian itu, yang turut menyaksikan ibu tunggal itu bermalam di lokap.

“Saya harap pembebasan ini juga akan membebaskannya daripada trauma yang dialami keluarga,” katanya kepada FMT.

Dalam hujahannya pada September, Ravee berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan anjing berkenaan.

Beliau juga berkata fakta bahawa anjing itu ditemui dengan rantai di lehernya menunjukkan bahawa tidak ada kecuaian yang terlibat.

Pada Julai tahun lepas, Saroja Devi terpaksa bermalam di lokap Taiping dengan berpakaian ungu kerana pegawai polis gagal mengesahkan dakwaannya bahawa dia telah membuat bayaran ikat jamin, walaupun dia mempunyai resit.

Dia berkata campur tangan majistret Adibah yang tepat pada masanya, yang disifatkannya sebagai penyayang, membolehkannya dibebaskan pada hari berikutnya. Jika tidak, dia terpaksa menghabiskan dua malam lagi di lokap kerana hari itu hari Jumaat.

Katanya, Adibah cukup baik melihatnya dan melahirkan rasa terkejut kerana ibunya tidak dibebaskan, sebelum mengarahkan supaya dia dibebaskan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.