RSN Rayer dihalang masuk Sarawak

RSN Rayer dihalang masuk Sarawak

Bekas Ahli Parlimen Jelutong berkata keputusan menghalangnya masuk ke negeri itu adalah 'tidak adil'.

RSN Rayer tiba di Kuching pada 5 petang tadi.
PETALING JAYA:
RSN Rayer daripada DAP dihalang memasuki Sarawak, di mana beliau dijadualkan menghadiri ceramah di Batu Kawa malam ini.

Rayer berkata, pihak imigresen negeri menafikan dirinya daripada masuk sebaik tiba di Kuching pada 5 petang.

Tiada alasan diberikan, katanya.

Bekas Ahli Parlimen Jelutong itu berkata keputusan menghalangnya daripada masuk adalah “tidak adil”.

“Saya orang Malaysia bukan? Mengapa saya dilarang melancong secara bebas di negara saya,” katanya ketika dihubungi.

Rayer juga mempersoalkan mengapa ada sekatan untuk rakyat Malaysia dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sedangkan ini adalah negara demokrasi.

“Saya menjadi mangsa diskriminikasi kerana saya seorang ahli politik.

“Adakah ini yang kamu panggil pilihan raya yang bebas dan adil? Inikah yang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob gelar ‘Keluarga Malaysia’?”

Rayer dijangka menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Sarawak – yang mengekalkan autonomi berkaitan imigresen – sebelum ini menghalang beberapa ahli politik terutama dari parti pembangkang daripada masuk ke negeri itu.

Beberapa pemimpin PKR termasuk Tony Pua dan Teresa Kok juga antara individu yang pernah dihalang masuk ke Sarawak.

Antara pemimpin pembangkang lain termasuklah Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Tian Chua dan R Sivarasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.