
Beliau berkata, Azmin takut diberi jawatan menteri dalam kementerian ‘junior’, namun beliau mengubah fikirannya setelah ditawarkan portfolio menteri ekonomi.
“Saya masih ingat lagi malam kita menang pada 2018, Azmin punya takut, dia takut kita (PH) letak di kementerian yang ‘junior’, jadi dia lobi Tun M (Dr Mahathir Mohamad), Abang Mat (Mohamad Sabu) dan Lim Guan Eng untuk dapatkan sokongan jadi menteri besar Selangor.
“Akhirnya dia dapat menteri besar Selangor. Bila dapat jawatan menteri ekonomi, dia tinggalkan menteri besar. Segala-galanya bagi dia adalah jawatan, rakyat tak dapat apa-apa, dia pentingkan kuasa,” katanya berucap pada Jelajah Mega Harapan di AU2 Taman Keramat.
Katanya, pada Azmin segala-galanya adalah soal jawatan dan rakyat tidak dapat apa-apa kerana beliau seorang yang mementingkan kuasa.
Nik Nazmi menegaskan PRU15 sangat penting kerana ia merupakan peluang untuk semua pihak memperbetulkan apa yang berlaku dalam Langkah Sheraton.
Pada 2018, Azmin menang dengan majoriti 48,721 undi. Namun, beliau dipecat PKR pada Februari 2020 kerana mengkhianati parti dan kemudian menyertai Bersatu, pada Ogos tahun sama.
Azmin adalah menteri kanan dan menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Azmin berdepan saingan lima penjuru dengan Amirudin, Megat Zurkanain Omardin mewakili Barisan Nasional (BN), Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Aziz Jamaludin Mhd Tahir, serta calon bebas, Zulkifli Ahmad di kerusi Parlimen Gombak.