
Setiausaha agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, kelewatan mengeluarkan pewartaan akan menyebabkan syarikat sukar melaksanakan cuti umum tersebut, selain mengganggu operasi.
“Terdapat syarikat yang cuba menangguhkan cuti umum pada hari mengundi dengan memberikan cuti ganti pada hari lain. MTUC mengecam tindakan syarikat berbuat demikian dan menganggap pengurusan syarikat tidak patriotik.
“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas pengurusan syarikat yang berbuat demikian termasuk pembatalan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan.
Sejumlah 16 juta pekerja akan mengundi memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) 19 Nov nanti, menurut MTUC.
Semalam, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 18 dan 19 Nov sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat melaksanakan tanggungjawab mengundi.
Beliau turut mengumumkan tol percuma untuk Jumaat dan Sabtu ini.