Hampir 95% tunai tanggungjawab undi awal

Hampir 95% tunai tanggungjawab undi awal

SPR berkata, seramai 212,961 anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am dan pasangan mengundi hari ini.

SPR mengucapkan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab dengan amat baik bagi proses pengundian awal itu yang bermula 8 pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 94.72% atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata, proses pengundian awal itu membabitkan anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

Justeru, SPR mengucapkan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab dengan amat baik bagi proses pengundian awal itu yang bermula 8 pagi tadi.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada polis, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan, media dan semua pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR.”

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan PRK DUN Bugaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.