
Menteri besar Perak berkata, ini kerana BN yakin mampu mencipta kemenangan di lebih 30 kerusi DUN sekali gus membentuk kerajaan tunggal tanpa gabungan dengan mana-mana parti.
“Setakat ini belum ada keperluan untuk memikirkannya kerana kita mempunyai keyakinan BN akan dapat tubuh kerajaan.
“Kalau dapat melintasi 30 kerusi itu sudah cukup untuk menjadi kerajaan tunggal tapi saya yakin BN akan dapat kepercayaan (rakyat) di lebih 30 kerusi untuk kita tubuhkan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas melawat projek membina Jalan Tuju ke Jambatan Kuala Kurau.
Terdahulu, dalam majlis di Sungai Siput, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata penggabungan antara BN dan parti lain perlu dibincang dan diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.
Bagaimanapun, Ismail yang juga naib presiden Umno menjelaskan semuanya bergantung kepada keputusan PRU15 sama ada satu jajaran baharu dengan gabungan parti lain akan dibentuk atau sebaliknya.
Selain itu, katanya penggabungan yang pasti adalah antara BN dengan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak.