
Beliau berkata, setiap pemimpin parti adalah ‘giant killer’ justeru kemunculan Anwar bertanding di Parlimen Tambun tidak membawa sebarang perbezaan kepada pengundi di Perak.
“Saya tak fikir ‘faktor Anwar’ akan membuat sebarang perbezaan kepada pengundi di Perak kecuali mereka yang datang daripada penyokongnya sendiri.
“Tetapi saya tidak fikir mereka masih bersama memandangkan terdapat banyak perpecahan dalam PH sendiri, walaupun ketika memilih calon, jadi saya tidak fikir sokongan yang mereka ada pada 2018, masih ada lagi sekarang,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke pejabat penyelaras Parlimen P067 Teluk Intan.
Menurut beliau, BN mempunyai kedudukan yang lebih baik dalam mendapatkan sokongan pengundi di Perak.
Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan untuk bertanding di Parlimen Tambun, beliau berdepan dengan tiga pesaing iaitu Ahmad Faizal Azumu (Bersatu), Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).