
Menteri Besar sementaranya, Saarani Mohamad berkata, keputusan mengenai perkara itu dijangka dimaklumkan Isnin ini.
“Kita sedang mempertimbangkan…cuma kita ingin pastikan siapa orang yang ada locus standi untuk mengumumkannya.
“Berbeza dengan Selangor, menteri besar Selangor (mempunyai locus standi) kerana Dewan Undangan Negeri Selangor belum dibubarkan. Di Perak ini (persoalannya) adakah ‘caretaker’ boleh mengumumkannya? Kecenderungan untuk (mengisytiharkan cuti umum) itu ada,” katanya selepas Himpunan Solidariti Bersama Barisan Nasional Perak di sini.
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengumumkan cuti umum pada 18 Nov ini.