
Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan atau kerugian.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Polis mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat apa-apa provokasi yang boleh mengganggu proses demokrasi negara ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau juga menggesa ahli parti politik supaya menjaga tingkah laku penyokong masing-masing agar tidak melakukan perbuatan bercanggah dengan undang-undang.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada talian penting polis Brickfields di talian 03-22979222, polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau balai polis berhampiran.