
“Adakah mereka risau atau takut? Pilihan raya adalah proses demokrasi. Biar rakyat membuat keputusan,” kata Wong, menurut The Borneo Post.
Chong turut menggesa PSB dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang masing-masing bekerjasama menarik diri daripada PRU15.
Wong berkata, Chong mungkin takut menghadapi PSB selepas “popularitinya meningkat” di negeri dan menambah, bekas Ahli Parlimen Stampin itu pernah mempersendakan partinya sebelum ini.
“Beliau berkata PSB mungkin lenyap selepas pilihan raya negeri lalu tapi akhirnya, PSB menang empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan DAP Sarawak, dua,” katanya.
DAP bertanding di lapan kerusi Parlimen di Sarawak iaitu Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Bintulu.
Mereka akan bertembung dengan PSB dan PBK di semua kerusi tersebut kecuali Sarikei dan Bintulu.