Pengkritik tak faham penyata kewangan, kata Rafizi berkait nilai Invoke

Pengkritik tak faham penyata kewangan, kata Rafizi berkait nilai Invoke

Timbalan presiden PKR itu berkata Invoke merekodkan keuntungan setahun selepas ditubuhkan, justeru menarik minat pelabur.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli merupakan pengasas syarikat data, Invoke.
PETALING JAYA:
Rafizi Ramli menyelar penentangnya yang mengkritik peningkatan nilai Invoke, syarikat data yang diasaskan timbalan presiden PKR itu.

Minggu lalu, Rafizi, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan, mengisytiharkan pegangan saham Invoke berjumlah RM16.7 juta. Susulan itu, para penentangnya merujuk Invoke berada dalam kerugian dan berjumlah RM4.7 juta, sehingga Disember lalu.

Dalam sidang medianya, hari ini, Rafizi berkata, pengkritik dalam Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu memahami penyata kewangan.

Katanya, Invoke mempunyai dua anak syarikat dan penilaian syarikat juga merangkumi dua syarikat berkenaan, yang mana sudah dijual. Bagaimanapun, beliau berkata, Invoke secara bersendirian mencatatkan keuntungan sejak 2020, setahun selepas ditubuhkan.

Rafizi berkata, ia menarik minat pelabur, sekali gus meningkatkan nilai saham Invoke pada 2022. Walaupun demikian, Rafizi berkata, sahamnya dinilai di bawah nilai sebenar pada RM75 juta, yang mana agensi kerajaan, Craddle, menilainya pada RM105 juta.

Beliau juga melabelkan pengkritik itu berhubung nilai Invoke sebagai “propaganda”.

Awal hari ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Abdul Latiff Ahmad, menggesa Rafizi menjelaskan lonjakan nilai Invoke.

Latiff mendakwa, sehingga Disember lalu, Invoke mengalami kerugian dan aset bersihnya adalah RM4.7 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.