‘Jangan tolak, biar saya turun elok-elok’, kata Noh

‘Jangan tolak, biar saya turun elok-elok’, kata Noh

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu antara pemimpin BN yang digugurkan pada PRU15.

Noh Omar hadir untuk menyokong calon Barisan Nasional di kerusi lamanya, Tanjong Karang walaupun digugurkan pada PRU15. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Noh Omar menyuarakan kekecewaan kerana digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15.

“Pengalaman saya sebagai Ahli Parlimen selama enam penggal, turun naik dah biasa, tapi kalau saya turun, janganlah tolak, biarlah saya turun elok-elok,” katanya ketika berkempen di sini untuk calon BN, Isham Jalil.

“Tapi semangat saya, saya mahu pastikan BN menang, terutamanya di Shah Alam,” kata bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Isham memuji Noh yang masih setia kepada BN.

“Saya menghargai Noh kerana beliau masih di sini, membantu kempen BN, tidak seperti dua bekas Ahli Parlimen kita yang berpaling tadah kepada parti lain,” katanya merujuk bekas Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.