Hujan berterusan di Pantai Timur dan Johor mulai Selasa

Hujan berterusan di Pantai Timur dan Johor mulai Selasa

Keadaan itu dijangka melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.

MetMalaysia meramaikan hujan berterusan melanda Pantai Timur dan Johor bermula Selasa.

KUALA LUMPUR,: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 8 sehingga 11 Nov ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ramalan itu melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.

Pada 3 Nov, MetMalaysia memaklumkan Malaysia akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini (7 Nov) dan berterusan sehingga Mac depan.

Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh berkenaan empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.