
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, dadah itu ditemui polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam pemeriksaan pada 3 petang.
Beliau berkata, di awal pemeriksaan, polis menemui enam kotak putih di atas lantai di belakang premis berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut di dalam semua kotak itu membawa kepada penemuan 286 bungkus plastik mi segera, dengan setiap bungkusan mengandungi satu paket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azlan berkata, polis percaya dadah itu disorokkan dalam bungkusan menyerupai mi sebelum dihantar ke luar negara menggunakan syarikat penghantaran barang, dan sindiket itu didapati baru bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal bulan lepas.
“Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan kerana sindiket ini menggunakan maklumat palsu untuk berurusan dengan syarikat penghantar barang supaya ia sukar dikesan pihak berkuasa. Polis juga giat mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai masih berada di dalam negara.”